TAJUK


web stats

Saturday, April 11, 2015

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR





DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR
                                                                                                             
 
·         Edward de Bono (1990) mendefinisikan berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

·         Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.

·         Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai keupayaan untuk mengawal proses berkenaan.

·         Chaffee (1988) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.

·         Swartz (1989) menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan menyepadukannya dengan maklumat baru. Proses ASIMILASI dan AKOMODASI terlibat dalam keseimbangan (EQUILIBRIUM) memperoleh pengetahuan (Piaget, 1952)

KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR
·         Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut:
(a) Pemikiran kritis
(b) Pemikiran kreatif
(c) Menyelesaikan masalah
(d) Membuat keputusan
(e) Kemahiran belajar

·         Kemahiran Berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
(a) membanding dan membeza;
(b) membuat ramalan;
(c) menerangkan sebab;
(d) mengkategori;
(e) mencetuskan idea;
(f) menentukan sumber yang dipercayai
(g) menghasilkan metafora;
(h) menghasilkan analogi;
(i) mengusul periksa andaian;
(j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan;
(k) membuat inferens;
(l) membuat keputusan;
(m) menyelesaikan masalah.

·         Antara model pengajaran yang menekankan Kemahiran Berfikir dalam akalangan
pelajar adalah seperti berikut:
(a) Perkenalkan isi kandungan dan proses berfikir;
(b) Berfikir secara aktif : pelajar berfikir secara aktif dengan menggunakan alat pengurusan berfikir;
(c) Berfikir tentang proses berfikir : pelajar disoal tentang proses berfikir yang telah dilakukan oleh mereka;
(d) Kukuhkan kemahiran dengan latihan tambahan;
(e) Aplikasikan kemahiran dalam situasi harian.

Takrifan berfikir yang sesuai dengan konsep kemahiran berfikir masih menjadi pokok perbincangan yang hebat (Som dan Mohd Dahalan,1998). Antara takrifan berfikir yang dikemukakan oleh beberapa orang pakar dalam bidang kemahiran berfikir ialah Azizi et al.(2005), mentakrifkan pemikiran sebagai suatu proses minda yang bertujuan mencari makna dan pemahaman pada suatu perkara, meneroka pelbagai kemungkinan idea ataupun hujah, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi.

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami (Som dan Mohd Dahalan, 1998)


No comments:

Post a Comment