KONSEP
PEMIKIRAN KRITIS
·
Bell (1996) menyatakan bahawa kemahiran berfikir secara
kritis sebagai membuat keputusan tentang apa yang dipercayai dan merupakan
langkah yang berhati- hati dlaam membuat penilaian terhadap bukti- bukti dan
hujah- hujah semasa berkomunikasi. Menurut beliau, berfikir secara kritis bukan
hanya memberi fokus untuk membuat kritikan yang negatif tetapi digunakan untuk
membuat keputusan berdasarkan apa yang dipercayai dan munasabah.
·
Dewey (1933) menerangkan bahawa pemikiran kritis sebagai
“reflective thinking” iaitu memikir secara mendalam dan menggunakan fakta-
fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta- fakta lain supaya mendapat
fakta- fakta baru untuk mengukuhkan fakta- fakta yang sedia ada.
·
Bloom (1956) menyatakan bahawa ‘penilaian’ boleh dianggap sebagai
pemikiran kritis yang melibatkan sebagai pemikiran kritis yang melibatkan idea,
objek dan peristiwa yag cuba diperolehi melalui pemilihan kriteria terteentu.
Hal ini jelas terdapat dalam tiga peringkat terakhir hierarki taksonomi iaitu
peringkat analisis, peringkat sintesis dan peringkat penilaian.
·
Ennis (1985) mendefinisikan pemikiran kritis sebagai
membuat penetapan sama ada sesuatu perkara itu boleh dipercayai atau
sebaliknya. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisa sesuatu
penyataan dengan berhati-hati, mencari pengesahan bukti sebelum membuat
keputusan.
·
Scriven dan Paul (2004)pula mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu proses
pemikiran tentang apa jua perkara, isi kandungan atau masalah di mana pemikir
meningkatkan mutu pemikirannya dan menetapkan piawaian secara intelektual ke
atas pemikiran mereka. Pemikiran kritis merupakan proses intelektual secara
berdisiplin,aktif dan berkemahiran dalam mengkonsepsi, mengaplikasi, menganalisa,
mensintesis atau menilai maklumat yang diperolehi atau dibentuk hasil daripada
pemerhatian, pengalaman, refleksi, penaakulan, atau komunikasi sebagai panduan
kepada kepercayaan dan tindakan. Pemikiran kritis mempunyai nilai intelektual secara
menyeluruh.
·
Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), kemahiran berfikir secara kritis ialah
kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau
kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan, kelemahan sesuatu hujah
dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah. Pemikiran kritis juga merupakan pembelajaran aktif berkenaan pengamatan
dan maklumat yang digunakan sebagai panduan untuk menilai dan bertindak,
pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru, pentafsiran pengetahuan
berasaskan pemerhatian dan penilaian, satu usaha untuk memahami pengetahuan
berasaskan bukti dan penaakulan, serta satu cara penilaian yang menuntut pemikir
mengawal pemikirannya (metakognitif) (Azizi, Noordin dan Zurihanmi, 2005)
·
Pemikiran ini juga boleh dirujuk sebagai suatu bentuk pemikiran
reflektif.Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), pemikiran kritis merupakan satu domain
pemikiran yang lebih menekankan penggunaan hemisfera otak kiri (HOKI). Antara
fungsi HOKI adalah untuk pemikiran berbentuk logik, analisis, urutan, bahasa,
Matematik dan linear. Pemikiran kritis ini penting dalam kehidupan seharian kerana
dengan menguasai kemahiran ini, kita boleh mengumpulkan seberapa banyak maklumat
dan menilai betul atau salah sesuatu idea itu dan kita boleh membuat tindakan
atau pilihan yang lebih tepat. Kemahiran Berfikir Kritis juga dapat membantu
meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan kita menggunakan maklumat
dengan berkesan di samping membuat pertimbangan yang rasional.
Ciri- ciri Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis adalah merupakan asas kepada
kecemerlangan dan merupakan perkara yang amat penting di dalam persaingan sains
dan teknologi pada masa kini. Oleh itu seseorang yang memiliki ciri- ciri
pemikiran kritis amat diperlukan bagi memajukan sesebuah negara.
Terdapat beberapa ciri- ciri pemikiran kritis yang dikenal
pasti adalah seperti berikut:
Menurut Mohd Nashuha (1999), seseorang yang
berfikir secara kritis
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i)
Reaktif
Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka
kepada perkembangan yang berlaku di sekitarnya.Hal ini diikuti dengan gerak
balas yang positif dan bersifat segera. Buah fikiran selalunya datang setelah
melihat sesuatu peristiwa berlaku. Selalunya sifat reaktif ini ditunjukkan
dengan perlakuan seperti suka membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap
sesuatu peristiwa yang berlaku.Selalunya sifat reaktif ini ditunjukkan dengan
perlakuan seperti suka membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap sesuatu
peristiwa yang berlaku.
ii)
Menilai
Berfikir secara kritis juga menuntut kita supaya
sentiasa membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Penilaian dibuat dari
sudut kebaikan dan keburukan yang bakal diterima dari setiap tindakan yang
dibuat. Biasanya penilaian adalah berdasarkan nilai yang mereka jadikan panduan
hidup, seperti nilai agama bagi mereka yang beragama, manakala yang tidak
beragama menggunakan nilai moral
sebagai landasan. Perkara- perkara yang menjadi
fokus utama penilaian adalah seperti berikut:
a) Apa yang baik?
b) Apa yang salah?
c) Apa yang buruk?
d) Apa yang hina?
e) Apa yang halal?
f)Apa yang haram?
iii)
Meneliti idea dengan fakta
yang telah diketahui
Setiap idea yang dicetuskan lazimnya mempunyai
asas, fakta dan alasan yang munasabah. Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung kepada
pengetahuan sedia ada dan pengalaman
seseorang. Setiap idea akan diteliti dengan fakta- fakta yang telah
diketahuinya sebelum dizahirkan dan seterusnya dilaksanakan. Menurut Scriven
dan Paul (2004), ciri- ciri pemikir kritis adalah seperti berikut:
a)
Berupaya menimbulkan persoalan dan masalah yang penting, dan merumuskan
persolan dan masalah tersebut dengan jelas dan tepat.
b)
Berupaya mengumpul dan menilai maklumat yang berkaitan, menggunakan idea
yang abstrak untuk menterjemahkannya secara berkesan untuk membuat kesimpulan
dan penyelesaian yang munasabah
KONSEP
PEMIKIRAN KREATIF
·
Phillips (1996) dan Phillips (1997) menyatakan bahawa
pemikiran kreatif melibatkan penghasilan sesuatu seperti lukisan, sajak, teori,
saintifik, iklan yang inovatif, jenaka yang luar biasa dan melibatkan juga
keberanian yang mencabar strategi yang lazim digunakan iaitu kebolehan melihat
sesuatu daripada sudut yang berlainan.
·
Menurut Mok Soon Sang (2011), kreatif membawa maksud penghasilan idea,
aktiviti dan benda yang baru. Pemikiran
kreatif merupakan pemikiran yang berupaya memikir apa yang belum difikir oleh
orang lain untuk menyelesaikan masalah. Ia juga adalah kebolehan mengeluarkan
pelbagai penyelesaian yang luas terhadap sesuatu masalah. Hasil pemikiran
mempunyai sifat yang tersendiri dan prosedur pemikiran tidak tetap serta tidak
dapat diramalkan. Pemikiran kreatif juga sebagai operasi berfikir yang dapat
mengembangkan idea, hasil, metafora, analogi dan definisi atau merekacipa
sesuatu yang baru. Melalui pemikiran kreatif, pelbagai kemungkinan penyelesaian
dapat dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
·
Terdapat beberapa ciri pemikiran kreatif yang dapat ditunjukkan. Ciri
utama adalah keberanian. Keberanian ini adalah untuk menjanakan idea yang
pelbagai dan baru tanpa dikongkong oleh idea lama. Oleh yang demikian,
seseorang yang mempunyai pemikiran kreatif juga berfikiran terbuka dan sanggup
menanggung risiko dan kritikan orang lain. Biasanya usahawa, peniaga yang
mempunyai ciri keberaniaan dalam menceburi bidang perniagaan mereka.
·
imaginasi juga merupakan salah
satu ciri pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif mengandungi ciri imaginasi yang
mencapah serta kemahiran sintesis untuk mencantum idea-idea yang sedia ada agar
menjadi idea atau hasilan yang baru. Kebolehan mengeluarkan pelbagai jenis idea
dan berpandangan jauh serta sentiasa melangkah ke hadapan. Seseorang yang
mempunyai pemikiran kreatif juga dapat mengembangkan idea dengan cepat dan
berkesan. Perkembangan idea ini dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru
terutamanya dalam menyelesaiakan sesuatu masalah. Kebolehan dalam meninjau
sesuatu masalah dari beberapa sudut dan tidak tetap pada satu cara penyelesaian
sahaja.
·
Menurut Wallas G (1962), pemikiran kreatif berlaku dalam beberapa proses
mental dan dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu penyediaan,
pengeraman, ilham dan pengesahan. Dalam peringkat penyediaan, ia bermula dari
masa melakukan hingga hasil permulaan pemikiran yang sebenar. Proses ini perlu
mengambil masa yang lama sekiranya terdapat halangan sebaliknya tidak mengambil
masa yang panjang jika berlaku lonjakan kreatif. Walaubagaimanapun, peringkat
ini akan melibatkan sikap ingin tahu, minat, pengaruh peristiwa persekitaran
dan kemudahan fizikal serta aktiviti seperti eksperimen dan percubaan.
·
Pada peringkat pengeraman pula, apabila menghadapi masalah yang rumit,
biasanya penyelesaian hanya dapat diperolehi dengan berfikir dan menaakul
selepas satu jangka masa yang lama. Dalam tempoh itu, kadang-kadang orang itu
tidak memikirkan secara sedar tetapi ia tetap berfikir dan memerhati. Jangka
masa berfikir di luar kesedaran ini disebut tempoh pengeraman (Mok Soon Sang,
2009).
·
Peringkat yang ketiga adalah ilham yang membawa maksud inspirasi.
Peringkat ini berlaku setelah berfikir dan cuba berkali-kali, idea atau
penyelesaian kreatif akan terhasil. Kemungkinan ilham akan terhasil secara
spontan serta diiringi dengan semangat yang berkobar-kobar dan perasaan
gembira. Biasanya, idea yang diperolehi itu mungkin hanya sebahagian ataupun
menyeluruh tetapi tidak tersusun dan perlu diubahsuai untuk menjadi lebih
bermakna.
·
Peringkat yang terakhir adalah pengesahan. Proses mental akan menentukan
sama ada idea atau penyelesaian yang diperolehi itu logik dan dapat diterima.
Jikalau idea atau penyelesaian itu bertepatan, ia mungkin diperincikan. Idea
abstrak pula ditonjolkan dengan simbol dalam bentuk yang konkrit. Dalam mencari
pengesahan ke atas idea untuk penyelesaian, idea sampingan atau tambahan
mungkin dihasilkan bagi menyempurnakan penyelesaian.
·
Justeru itu, peranan guru dalam menyemai kemahiran berfikir secara
kreatif juga penting. Pelbagai cara dapat dijalankan untuk menggalakkan
murid-murid berfikir secara kreatif. Guru menyediakan soalan-soalan lisan
secara spontan mengikut keperluan murid. Misalnya guru mesti pandai mengubah
dan meningkatkan darjah kesukaran soalan. Soalan yang dikemukakan mesti dari
soalan yang senang kepada yang sukar. Soalan yang disediakan juga mesti
mengikut tahap dan kematangan murid. Guru perlu memupuk sifat ingin tahu dengan
soalan-soalan unik dan yang tidak dijangka. Guru boleh memberi ganjaran dan
galakan kepada murid yang meluahkan idea yang kreatif. Guru juga memastikan
murid tidak bersifat terlalu introvert dan dikongkong. Guru perlu menggunakan strategi pengajaran
yang sesuai untuk merangsang pemikiran kreatif di kalangan murid seperti sumbangsaran,
teknik bercerita, perbincangan, main peranan, bercerita dan sebagainya yang
sesuai dalam pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, guru harus menggalakan
murid melibatkan diri dalam lawatan-lawatan sambil belajar untuk memberi
pendedahan terhadap kreativiti. Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan
muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti.
·
kreatif ditakrifkan
sebagai mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kita harus mengerah
seluruh tenaga. Idea yang baru bukan setakat susunan atau struktur baru
terhadap makna-makna dan unsur-unsur yang sudah ada.bahkan juga baru pada
struktur yang belum ada sama baru secara ,mutlak atau relatif mengikut bidang
yang berbeza-beza.[1][2] Mengambil contoh hasil kreatif
dalam bidang seni bermaksud menghasilkan karya seni yang benar-benar bermutu
tinggi. Melakar kejayaan satu peringkat yang hampir tiada hadnya. Kreatif dalam
bidang sains membawa idea baru atau gaya baru dalam analisa-analisa yang
dibuatnya atau mengembangkan alat-alat atau instrument baru yang digunakannya
utuk mencipta peralatan baru.
SUMBER
No comments:
Post a Comment