Pengalaman Hari Pertama Menjalani Latihan Mengajar
Pada 14 Julai 2014 (Isnin) merupakan hari pertama
saya melaporkan diri sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan
Valdor, Sungai Bakap, Sungai Jawi, Pulau Pinang. SMK Valdor mempunyai bilangan
murid seramai seribu lebih dan majoritinya terdiri daripada murid berbangsa
Cina dan India dan selebihnya ialah murid berbangsa Melayu. Pada kali pertama
saya menjejaki kaki ke sekolah tersebut, saya terkejut, cuak dan tergamam dengan
suasana sekolah tersebut kerana pada pendapat saya ini merupakan sesuatu pengalaman
yang luar biasa apabila mendapati ramai murid berbangsa Cina dan India berada
di sini. Hal ini merupakan perkara baru dan cabaran yang perlu saya tempuh
sepanjang berpraktikum di sekolah tersebut.
Pada hari pertama di sekolah, saya dan rakan
seperjuangan telah pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk melaporkan
diri. Selepas itu, saya bertemu dengan guru yang akan saya ganti kelasnya
sepanjang praktikum di sekolah tersebut. Saya telah ditugaskan untuk mengajar tingkatan
empat yang terdiri dari dua kelas iaitu kelas 4 Beta dan 4 Gamma. Kelas 4 Beta
merupakan kelas aliran sains manakala 4 Gamma merupakan kelas aliran sastera.
Untuk mendapatkan maklumat tentang murid – murid kelas akan saya ajar, saya
telah bertemu dengan guru – guru mata pelajaran bahasa Melayu untuk kelas
tersebut iaitu
Tuan Haji Shahrizal yang merupakan guru mata
pelajaran bahasa Melayu tingkatan 4 Beta dan Puan Musalmah iaitu guru kelas 4
Gamma dan merupakan guru pembimbing saya
sepanjang berpraktikum di sekolah tersebut. Kedua – dua guru yang saya temui
memberi tunjuk ajar mengenai tips – tips untuk mengajar, memberi nasihat supaya
bersikap tegas sewaktu kali pertama memasuki kelas dan seupamanya.
Di samping itu, mereka telah memberi rancangan
pengajaran tahunan (RPT) kepada saya untuk membuat rujukan bagi membuat
rancangan pengajaran harian (PRH). Pada waktu lapang sebelum memasuki kelas,
saya cuba merancang pengajaran yang sesuai untuk tahap penguasaan murid dalam
subjek bahasa Melayu untuk kedua – dua kelas tersebut.
No comments:
Post a Comment